"Kau kenal ke? "tnya Jeffry dengan serius. Nazrul tergelak kecil sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Aku kenal Suraya sebelum aku kenal kau, Jeff" kata Nazrul sambil menunding pen ke muka Jeffry.
"Macam mana kau kenal dia?" soal Jeffry dengan muka tidak puas hati.
"Dia satu universiti dengan aku dulu. Masa di universiti ramai yang tak suka dia" kata Nazrul selamba.
"Kenapa pulak ramai tak suka dia? Suraya seorang gadis yang baik" suara Jeffry mula bergegar. Dia terperanjat apabila Nazrul berkata sedemikian.
"Yang suka dia cuma kau. Yang kenal dia, kau tak tahu lagi. Dia pernah kena tendang dari universiti sebab mengandung" sambung Nazrul tanpa rasa bersalah.
"Betul ke apa yang kau cakapkan ni?"mulut Jeffry ternganga. Muslihat perempuan bertudung seperti Suraya pernah berzina. Tapi sepanjang dia mengenali Suraya, gadis itu selalu ceria, riang, gemar bergurau dan berterus terang menceritakan perihal diri dan keluarganya. Takkan Suraya sanggup berbohong dengan dirinya.?
"Dia tu kaki cukur, penipu, penggoda dan banyak hubungan dengan lelaki lain dalam satu masa. Bila lelaki tu dah papa kedana, dia tinggalkan macam tu saja kemudian cari jantan lain. Kawan-kawan aku ramai yang dah terkena malah ada yang meninggal dunia kerana Suraya" Nazrul begitu galak bercerita.
:Aku tak percaya!" Jeffry bingkas bangun menuju ke jendela.
"Terpulanglah pada kau sama ada percaya atau tidak. Tapi jangan salahkan aku kalau kau dah terkena" kata Nazrul beramaran sebelum keluar dari bilik Jeffry. Pandangannya tertumpu ke atas siling putih. Dia tersenyum lebar dan puas. Dia berharap sangat Jeffry akan mempercayai cerita yang disampingkan olehnye tadi. Inilah masa untuk dia membalas terhadap seorang gadis yang meninggalkan dirinya dulu. Kau akan rasa kecewa seperti mana aku rasakan, Suraya. Kau akan lihat lelaki yang kau cintai akan melarikan diri dari kau dan kau akan datang semula kepada aku. Sekeping gambar Suraya yang diambil sewaktu di universiti ditatapnya dalam-dalam. Betapa sukarnya dia memikat gadis bernama Suraya ini. Pada awal perkenalan, gadis ini kelihatan sombong rupa-rupanya seorang pendiam dan peramah. Nazrul, lelaki yang ramai kenalan dari kalangan perempuan tergolong pelajar yang bijak dalam pelajarannya. malah statusnya sebagai anak datuk turut melonjakkan namanya sebagai pelajar popular di universiti. Dia selalu membantu mencari bahan-bahan tugasan dan sentiasa bersama membuat tugasan dalam satu kumpulan. Daripada situ hubungan mereka berdua mejadi rapat dan akhirnya menyintai antara satu sama lain. Suraya ternyata bukan sebarangan gadis yang sanggup menyerahkan segala-galanya. Gadis itu terlalu mengikut batasan sehinggakan berpegangan tangan, berpeluk apatah lagi duduk di taman bunga amat tidak disukai Suraya. Semua ini amat mencabar Nazrul tetapi alasan dan pujukan Suraya membuatkan dia kadangkala termalu sendiri hubungan mereka berdua hanya setakat separuh jalan apabila Arween datang kepada Nazrul meminta bertanggungjawab di atas kandungannya. Jika tidak Arween akan memberitahu ibu bapanya dan kepada kawan-kawannya yang lain malah sanggup menghebahkannya di satu universiti. Mahu tak mahu Nazrul terpaksa menikahi Arween secara senyap-senyap tanpa pengetahuan Suraya. Selama dia hidup berumahtangga, dia menjalinkan hubungannya dengan Suraya sehinggalah Suraya meninggalkannya atas alasan Nazrul sudah berkahwin. Suraya tidak mahu menganggu dirinya yang terlah berumahtangga. Dia amat tertekan selepas Arween meninggal dunia sewaktu melahirkan bayi lelakinya. Leih malang bayi lelakinya turut meninggalkannya kerana tidak cukup bulan dan engalami komplikasi dalaman. Selepas peristiwa itu, Nazrul seperti biasa kembali myambung pengajiannya. Sekembalinya dia ke kampus Nazrul kembali hilang semangat untuk meneruskan pengajiannya. Ketika itu Suraya mula rapat dengan kawan baiknya sendiri. Malahan Suraya dan kawan baiknya tidak mempedulikan dirinya langsung.
"Kenapa tak makan nasi goreng tu? Nanti sejuk tak sedap pulak" tegur Suraya sambil mengerling kekasihnya yang dari tadi asyik termenung. Keluhan berat Jeffry membuatkan Suraya kembali tertoleh ke arah Jeffry semula.
"Kenapa Jeff, ada masalah ke?" tanya Suraya lebut. Jeffry merenung wajah Suraya dengan tajam. Cerita Nazrul tentang Suraya masih terngiang-nging di telinganya. Benarkan Suraya bukan gadis suci lagi? Dia benar-benar tidak percaya tetapi kesungguhan Nazrul membuatkan dia hampir mempercayainya. Barangkali Suraya sudah berubah dan kambali ke pangkal jalan, itu tidak mengapa tetapi Suraya bukan lagi gadis suci amat berat untuk dia terima.
"Sue, Jeff mahukan keikhlasan dari Sue. Adakah Sue benar-benar menyintai Jeff?" tanya Jeffry bersungguh-sungguh. Suraya mengngguk entah mengapa sejak kebelakangan ini Jeffry lebih banyak membisu dan mula tidak banyak cakap.
"Sue ikhlas menyintai Jeff. kenapa Jeff masih meragui Sue? Selama kita bersama Sue tak pernah meragui kepercayai dan kesetiaan Jeff. Cuma Jeff saja dalam hidup Sue" jelas Suraya bersungguh-sungguh.
"Sebelum Jeff, Su pernah bercinta?" tanya Jeffry tidak sabar-sabar. Suraya mengangguk perlahan dengan wajah tenang.
"Rakan seuniversiti dulu. Su tak mahu bercerita sebab tak mahu memburukkan dia. Cukuplah. Su tak mahu ingat kisah lama lagi" kata Suraya sedih. Jeffry masih tidak berpuas hati. Masih ingin tahu. Seperti ada sesuatu yang dirahsiakan darinya.
"Ceritalah" Jeffry mendesak.
"Jeff, apa yang boleh Su katakan bekas teman lelaki Su ni amat mengecewakan Su. Untuk apa meneruskan hubungan jika selalu disakiti dan ditipu. Cukuplah, Su tak mahu ingat kisah lama" kata Suraya perlahan-lahan mengeluh berat.
"Kisah buruk?" tingkah Jeffry.
"Memang buruk pun kisah cinta Sue" kata Suraya tenang. Jeffry merenung tajam wajah Suraya sehinggakan gadis itu tidak begitu selesa.
"Betul ke Sue pernah mengandung sebelum ini?" Jeffry bersuara keras sambil mengetapkan giginya. Suraya tersentak. Dia seperti mahu pengsan mendengar cemuhan itu. Dia tidak menyangka yang Jeffry sanggup kata sedemikian pada dirinya.
"Jeff ingat Su ni perempuan janis apa? Sue masih ada maruah dan harga diri. Kenapa? Jeff takut jika berkahwin dengan perempuan yang tidak ada dara lagi?" suara Suraya meninggi, air matanya mula berkolam.
"Jadi betullah, Sue bukan gadis suci lagi?" marah Jeffry tiba-tiba. Suraya megeluh lalu tersandar. Dia tidak boleh menerima kata-kata sedemikian. Dia rasa marah yang teramat sangat tetapi semua itu dikawal dengan kewarasan dan kerasionalan dirinya.
"Siapa yang beritahu Jeff semua ni, Jeff?"tanya Suraya kecewa. Dia marah benci dengan tuduhan sedemikian. Lelaki ini masih tidak ada rasa kepercayaan dan pemahaman kepada dirinya.
"Tak perlu tahu siapa yang yang beritahu!" suara Jeffry meninggi.
"Kenapa mesti percayakan orang lain dari Sue?" marah Suraya dalam nada perlahan.
"Kenapa? Jadi betullah cerita-cerita tentang Sue?: bentak jeffry.
"Siapa yang beritahu cerita-cerita macam ini, Jeff?" tanya Suraya perlahan. Suaranya hilang kawalan dan mula menangis. Soalan itu masih tergantung tanpa jawapan. Dia ingin tahu siapa yang mereka-rka cerita buruk tentang dirinya.
"Tak perlu tahu. Jeff rasa cukup sampai di sini hubungan kita"Jeffry membuat keputusan. Suraya tersentak. Air matanya sudah pun meleleh ke pipinya.
"Kau perempuan kotor, jijik. Aku bencikan perempuan maca kau!"bentak Jeffry lalu melangkah meninggalkan Suraya di dalam restoran ekslusif itu. Suraya tidak terdaya untuk mengejar Jeffry, pandangannya hanya mampu melihat tubuh itu berlalu pantas.
"Betul ke ini gambar Suraya, Nazrul?"tanya Jeffry terkejut. Dia seperti tidak percaya melihat gambar-gambar di dalam skrin komputer. Pertama kali melihat gambar ini, dia mengucap panjang. Dia tidak menyangka Suraya sanggup melakukan kerja terkutuk ini.
"Kenapa tak percaya? Hei, come on lah, kalau orang perempuan dah terdesak sanggup buat apa saja demi wang"kata Nazrul sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Dada Jeffry berombak kencang. Laju. Saat itu bencinya pada Suraya semakin meluap-luap. Dia tak sanggup melihat gambar lucah Suraya lagi. Betapa banyak mata yang sudah melihat tubuh Suraya yang tidak berbaju itu. Keputusannya muktamad untuk melupakan Suraya buat selama-lamanya...
"Kau nak apa lagi, Nazrul?" marah Suraya apabila Nazrul muncul secara tiba-tiba di hadapannya sebaik sahaja dia keluar dari pusat membeli belah.
"Aku nak kau, Suraya" jawab Nazrul sambil tersenyum.
"Aku takkan kembali kepada kau, Nazrul" marah Suraya.
"Aku tak mahu kau menganggu aku lagi."pinta Suraya.
"Tidak, Suraya \. Aku masih cinta dan sayangkan kau. Aku mahu bersama kau. Tolonglah terima aku balik. Aku berjanji aku takkan mengecewakan kau lagi" Nazrul merayu. Suraya menggeleng-gelengkan kepalanya. Cukuplah hanya sekal lelaki ini hadir dalam hidupnya.
"Tolonglah jangan ganggu aku lagi! Suraya terus berlari menuju ke keretannya dan cepat-cepat menutupnya tenpa membuang masa dia terus menghidupkan enjin kereta. Nazrul terpinga-pinga melihat kereta Gen-2 berlalu pergi. Hati Nazrul semakin sakit. Aku akan terus mencari kau sehingga ke lubang cacing sekalipun.
Malam itu Suraya menangis keseorangan di dalam bilik. Berita dari kawannya yang memmberitahu Jeffry akan berkahwin dengan gadis pilihan ibunya benar-benar membuatkan dia kecewa dan marah. Begitu mudah Jeffry meninggalkannya. Pertemuannya dengan Nazrul kembali mencari-cari hatinya. Lelaki itu sekejap ada sekejap hilang akhirnya dia mendapat tahu Nazrul sudah pun berkahwin sewaktu belajar di universiti. Kemudian Suraya berkawan rapat dengan kawan sebilik asrama Nazrul, Fadriz. Kebetulan Fadriz sama jurusan dengannya memudahkan dia bertukar-tukar nota, mencari bahan tugasan bersama dan adakalanya mereka akan keluar bersama-sama membincangkan hal-hal pelajaran. Hubungan itu sekadar bersahabat akhirnya Fadriz mendesak dia menjalinkan hubungan yang lebih serius. Suraya menolak. Lantas Suraya melarikan dirinya dari Fadriz tetapi lelaki itu masih memburu dirinya. Fadriz terlalu kecewa dengan dirinya sehingga mengambil dadah dan akhirnya meninggal dunia. Bukan dia tidak sudi menerima cinta Fadriz tapi dia sudah banayak melihat Fadriz yang selalu bertukar-tukar teman wanita. Ramai perempuan yang pernah mendampingi Fadriz meminta dia berhati-hati kerana Fadriz adalah Kasanova selepas Fadriz mendapat apa yang dia mahu dari seorang perempuan, perempuan itu akan tinggalkan.
"Aku cintakan Suraya, Naz. Aku cintakan dia. Aku tak boleh hidup tanpa dia" kata Fadriz separuh lemah. Mata Nazrul berair lebih menyedihkan tubuh rakan baiknya semakin kurus kering dan tidak bermaya. Di dalam bilik ini, jarum-jarum suntkan bersepah. Terdapat bermacam-macam bau dari bilik ini. Hanyir dan menjijikkan! Nazrul tersentak mendengar pengakuan Fadriz yang duduk tersandar.
"Sampai hati dia tinggakan aku, Naz. mungkin inilah pembalasan kerana aku banyak mengecewakan ramai perempuan" kata Fadriz lemah. Dia dapat membayangkan betapa banyaknya dosa-dosa yang dia lakukannya. Berapa ramai perempuan yang menghina, mencaci dan mendoakan agar dia mati kerana seorang perempuan.
Malam jumaat, upacara akad nikah selamat dijalankan. Jeffry berjaya melafazkan akad nikah dengan sekali lafaz. Kemudian Jeffry terus di bawa ke dalam bilik pengantin perempuan untuk upacara pembatalan air sembahyang dan menyarungkan cincin ke jari manis isterinya.
Jeffry terpaku seketika melihat kecantikkan Shahira yang memakai kebaya putih sedondon dengan selendang putih di atas kepala. Dia merasakan pencarian ibunya begitu berbaloi dan merasakan meninggalkan Suraya bukan satu yang sia-sia. Setelah segalanya berjalan lancar, Jeffry mengambil keputusan untuk ke bilik isterinya. Dia tahu Shahira sudah lama menantinya. Dia berdebar-debar, melihat Shahira duduk bersimpuh di atas katil dengan senyuman yang menawan.
"Abang mahu mandi dan sembahyang dahulu" kata Jeffry tersenyum.
"Abang, Shira mahu memberitahu abang sesuatu" kata Shahira lembut. Kata-kata itu disaluti dengan senyuman yang semakin menawan dan manja malah benar-benar kelakiannya. Jeffry mengambil tempat di sebelah Shahira. Perlahan-lahan tangan Shahira dicapai dan dikucupnya.
"Shahira harap abang tidak marah apa yang Shira cakapkan ini"
"Cakaplah, abang sedia mendengarnya Shira" Jeffry merenung wajah Shahira yang putih gebu itu. Isterinya menundukkan kepalanya kemudian menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
"Kenapa Shahira? Cakaplah" Jeffry memegang kedua-dua bahu isterinya yang mula terhenjut-henjut. tangisan perlahan Shahira bergema di gegendang telinganya. Jeffry mula panik.
"Abang, maafkalah. Shira tak berniat nak menipu abang"
"Cakaplah Shira. Apa dia?" Jeffry mula rasa bimbang. Takut ada sesuatu yang buruk yang akan menimpa.
"Shira bukan lagi gadis, bang" Kata Shahira sambil menutup wajahnya dengan kedua-dua tapak tanganya. Jeffry terpenranjat. Mukanya bagaikan ditampar oleh kenyataan Shahira.
"Shahira sekarang mengandung dua bulan" tambah gadis itu lagi. Sekali lagi Jeffry terperanjat besar, matanya dicerlang menjadi merah. kedua-dua tangannya dikempalkan kemudian dihempaskan ke atas katil berkali-kali. mahu sahaja dia menjerit sekuat hatinya. Dia ditipu!
"Maafkan Shira, bang" pohon isterinya berkali-kali
"Kenapa tak beritahu awal-awal?" marah Jeffry terus memuncak.
"Emak tak benarkan Shira beritahu abang. Mak abang pun tak tahu" Shahira terus menyembamkan mukanya ke atas bantal. Jeffry terus turun dari katil. Sebaik sahaja tanganya memutar tombol pintu. Telefon bimbitnya berbunyi. Skrin telefon ditatapnya. Panggilan dari sahabat lamanya di universiti, Shamsul, pakar Komputer di sebuah syarikat telekomunikasi termuka di Ibu Negara.
"Assalammualaikum, Shamsul" jawab Jeffry
"Waalaikummusalam, Jeff. Maadkan aku sebab aku tak dapat hadir ke majlis pernikahan kau tadi. Aku baru balik dari kerja luar" kata Shamsul dengan rasa bersalah.
"Tak mengapa, macam mana dengan gambar lucah tu?"
"Jeff, dari hasil kajian aku, gambar lucah tu palsu. Seluruh gambar asli cuma gambar perempuan tu dicantum dengan gambar pelakon lucah dari Indonesia. Apa yang pasti, gambar lucah ni tidak tersebar di mana-mana. Ia seperti untuk tujuan peribadi" terang Shamsul bersungguh-sungguh.
"Betul ke?" soal Jeffry terkejut.
"Isteri aku kenal perempuan dalam gambar tu. Kata isteriaku namanya Suraya Hanim Binti Hamdan. Kau kenal ke?" Tanya Shamsul.
"Dia bekas kekasihaku, Sham" jawab Jeffry sayu.
"Jeff, isteri aku dulu satu roommate dengan Suraya di universiti dulu. Isteri aku tak percaya langsung Suraya buat kerja macam tu. Isteri aku kata, gambar tu mesti dilakukan oleh Nazrul, bekas teman lelaki Suraya dulu" jeles Shamsul panajang lebar. Sekali lagi Jeffry terperanjat. Telefon bimbit seperti mahu terlepas dari tangannya. Jeffry termenung panjang. Dia merasakan satu batu besar telah menghempap ke atas kepalanya. Jeffry mengetapkan bibirnya. Dia terpandang atas katil, Shahira tertidur dengan pakaian nikah sekali. Dia mahu pulang ke rumah ibunya.
"Suraya seorang kawan yang baik, hati, peramah dan penyayang. Masa duduk di asrama pada hujung minggu, Babahnya akan menjemput dia pulang ke rumah. Dia tidak pernah duduk rumah sewa bersama kawan-kawannya sebaliknya lebih suka tingga bersama keluarga. Dia seorang anak yang patuh dan taat pada mama dan babahnya. Terus terang saya katakan saya tidak percaya langsung gambar ini adalah gambar Suraya. Saya masih ingat lagi cerita Suraya pada saya, katanya Nazrul akan sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan Suraya semula" kata Faizah, isteri Shamsul masih terngiang-ngiang ditelinganya malah hampir-hampir meganggu tumpuannya. Dia mahu bersemuka dengan Nazrul. Rasa kesal yang dirasai semakin berat untuk ditanggungnya. Sesekali tangannya menghentak-hentak stereng kereta. Dia menekan-nekan punat nombor telefon bimbit Suraya tetapi tiada jawapan sebaliknya mengatakan talian ini sudak tamat perkhidmatan. Lantas dia menghubungi telefon rumah Suraya tetapi tidak berangkat.
"Hello, Jeff. Aku dah tahu Suraya dimana" kata Shamsul cemas.
"Dia di mana sekarang?"
"Dia di KLIA. Aku nampak dia sewaktu hantar adik aku. Dia bawa beg besar. Jeff, baik kau jumpa dia sekarang juga" kata Shamsul.
"Baik! Baik aku akan ke sana sekarang juga" Jeffry terus megubah haluan kereta. Dia memandu laju sehingga memotong beberapa buah kereta. Apa pun terjadi hari ini, dia tetap mahu menemui Suraya. Di dalam hati, Jeffry banyak berdoa dan beristighfar.
Hatinya berat untuk meninggalkan bumi Malaysia tetapi dia tekad untuk meraih ilmu di Kota Inggeris sehingga menggenggam segulung Ph. D . Dia mahu belajar dan bersendirian di sana sekaligus mencari ketenangan. Bawalah aku dibawah lindungan rahmatMU, bisik hati nurani Suraya. Dia menoleh ke belakang, Mama, babah dan adik-adiknya masih berada di belakangnya, dia dapat rasakan satu kekuatan dan semangat menyelinap di dalam tubuhnya.
"Suraya!" langkah Suraya terhenti tatkala terdengar suara yang amat dirinduinya.
"Sue nak ke mana?" tanya Jeffry masih sedikit termengah-mengah.
"tak perlu tahu apa yang berlaku pada Sue" kata Suraya memandang Jeffry.
"Maafkan Jeff, Sue", Jeffry merayu.
"Sue dah maafkan Jeff. Kita lupakan saja kisah kita dan terima saja yang kita sudah tiada jodoh. Jeff yang mahukan perpisahan ini bukan? Untuk menerima Jeff kali kedua, tidak lagi. Hanya sekali cinta Sue kepada seorang lelaki saja Jeff" kata Suraya.
"Jeff sanggup menceraikan isterinya Jeff demi Sue"
"Jangan. Sue tak mahu dituduh menyebabkan kemusnahan masjid Jeff. Jangan biarkan tiang arasy bergegar" pinta Suraya. Dia tidak akan membiarkan Jeff memusnahkan masjidnya sendiri. Dia mahu melihat lelaki yang pernah dicintainya bahagia bersama yang bergelar isteri.
"Jeff, dalam percintaan, kita harus menerima apa sahaja kekurangan dan kelebihan manusia. Kita perlu ada kesetiaan, kepercayaan dan ketulusan hati tetapi Jeff lebih mempercayakan orang lain dari Sue. Sue kecewa. Sue tetap doakan kebahagian Jeff walaupun dari jauh. Pinta Sue, jangan ceraikan isteri Jeff. Sayangi dan cintailah dia seperti mana Jeff mencintai Sue dulu" mohon Suraya mengharap. Mereka saling memandang antara satu sama lain. Perpisahan yang amat berta diterima Jeffry.
"Pulanglah, Jeff. Pulang "Perlahan-lahan Suraya menarik kedua-dua tangannya dari genggaman Jeffry. Matanya hanya mampu mengiringi kepergian Suraya yang menuju ke balai berlepas..
0 comments:
Post a Comment