Aku mangsa keadaan. Aku mangsa seorang lelaki. Aku benci pada lelaki.! Pada masa yang sama aku takut pada lelaki. Ya Allah.! Kuatkan hati aku untuk menghadapi dugaan yang telah Kau berikan padaku. Air mata yang mengalir segera aku sapu dengan lengan baju.
Aku duduk sendiri dihalaman rumah. Merenung kosong taman yang indah itu sambil biskut panjang bersalut coklat. Apa lagi biskut ROCKY. Aku kunyah dengan perlahan. Begitu elesa dapat duduk disini.
Aku mengambil lagi sebatang biskut tersebut lalu masukkan ke dalam mulut. Tiba-tiba pandangan aku dihalang oleh satu lembaga yang besar. Aku mendongak. Lelaki ni.! Dia pegang tangan kanan aku. Aku terkaku sebab tangan sebelah kiri aku gunakan pegang kotak ROCKY. Aku tersentap.
Aku merenung ke dalam matanya. Dia mendekati wajahnya ke wajah aku. Dia makan biskut panjang aku. Memang nak kena mamat ni. Ingat romantiklah tu. Hampir separuh lelaki itu makan biskut tersebut. Aku rasa geram sangat lalu aku memijak kaki dia sekuat hati.
"Aduh.! Aduh.!" Zakhri Adha Bin Zafran mengaduh. "Kaki macam gajah.!" marah Zakhri lalu duduk atas kerusi di sebelah aku.
"Kau yang menggatal dengan aku tu kenapa? Tak pasal-pasal dapat pijakan maut aku yang paling ganas.!" marah aku. Lelaki ni selalu kacau emosi aku.
Aku tidak suka duduk berdua dengan Zakhri lalu aku berdiri.
"Kau nak ke mana?" soal Zakhri apabila melihat aku mahu pergi.
"Suka hati aku nak ke mana pun." Balas aku.
"Aku ni laki kau. Jangan nak kurang ajar bila bercakap dengan aku.: tiba-tiba Zakhri melenting. Aku mula rasa panas.
"Kau tahu kenapa aku benci kau? Kau ni lelaki yang tak tahu malu.! jerit aku. Puas.!
"Kenapa? Sebab aku yang rogol kau? kata Zakhri. Aku terdiam. Dia juga mangsa keadaan. Terpaksa berkahwin dengan aku. Padahal aku masih suci tapi atas tuduhan abang Zakhri, Zalis membuatkan aku terpaksa dikahwinkan dengan Zakhri untuk elakkan malu.
"Diamlah.! Aku benci kau.! Aku benci semua lelaki dalam dunia ni.! Aku benci.!" aku mengamuk. Aku terus berlari masuk ke dalam bilik tidurku. Aku kunci pintu tersebut. Aku tidak mahu diganggu walaupun dari siapa.
Aku terus menangis. Menangisi nasib aku. Aku sedar yang Zakhri melayan aku dengan baik dalam sebulan kami berkahwin tetapi hati dan fikiran aku dikaburi dengan kata-kata yang aku amat benci pada lelaki.
"Sayang, buka pintu ini.! tolong jangan benci pada abang. Abang sayang pada Aris. Aris, buka pintu ni." Pinta Zakhri.
Akau terdiam. Bagaikan terpujuk hati ini dengan kata-kata Zakhri. Sejak kecil lagi aku mengenali Zakhri dan Zalis. Waktu itu aku suka pada Zalis tetapi tidak aku sangka yang Zalis tergamak fitnah aku yang Zakhri merogol aku.
Ayah pula apabila dapat tahu berita itu, terus dikahwinkan aku dengan Zakhri. Mungkin ini sudah jodoh. Baiklah.! Aku nak uji tahap sayang Zakhri pada aku. Kalau dia lepas ujian aku. Aku janji yang kau seorang yang jadi lelaki yang paling aku sayang dalam dunia ini.
Aku tersenyum sambil menyusun rancangan spontan ini.
Aku bangun lalu membuka pintu bilik. Aku menolak tubuh Zakhri yang menghalang lalauanku. AKu berlari ke dapur. Aku mecari pisau pemotong buah. keil sahaja saiznya tetapi matanya amat tajam.
"Jangan dekat.! Kalau tidak aku tikam diri sendiri." Kata aku. wajah Zakhri pucat.
"Bawa bertenang Aris. Bunuh diri tu berdosa dalam Islam. Cukuplah dosa yang sayang buat dengan abang." Katanta serius.
"Dosa apa?"
"Dosa sayang tak taat pada abang." Selamba Zakhri berkata. Aku bertambah gera. Rasa macam nak tikan lumat suami sendiri pula.
"Kalau macam tu biarlah Aris mati.!" serentak itu, aku gerakkan pisau buah itu dan ingin menikam paha je. Bukannya apa pun Zakhri yang nampak akan tindakkan aku terus berlari ke arah aku. Dia ingin menghalang tindakan aku.
"Abang.!" aku tersentap.
*****
zakhri dimasukan ke hospital. Lengannya ditikam oleh aku sendiri. Aku rasa mahu melayang nyawa ini melihat darah yang mengalir dari lengan Zakhri. Nasib baik semuanya baik-baik sahaja.
"Abang, Aris minta maaf. Aris tak buat lagi. Aris janji." Aku memohon maaf. Semestinya die sudah lulus ujian yang aku buat. Seharusnya aku memohon maaf.
"Tak apa. kalau abang mati pun tak apa. Abang rela kau kena tikan dengan Aris." Gurau Zakhri. Aku rasa mahu ditumbuk-tumbuk je muka si Zakhri ni. Dia tak tahu ke aku bimbang pada dia separuh mati ni. Boleh pula dia ketawa terbahak-bahak.
Aku menarik muncung.
"Ala, abang nak gembira sikit pun tak boleh."
"Macam tu ke orang gembira?"
"Yalah. Gembira la sebab semua masalah kita dah selesai."
"Masalah fitnah tu?" aku bertanya.
"Abang dah minta abang Zalis mengaku silap dia. Dan semua keluarga kita dah tahu." Jelas Zakhri.
"Tapi kenapa Aris tak tahu." Aku bertanya.
"Sebab saje nak seksa Aris." Lagi sekali Zakhri ketawa. Dia tidak menyangka yang Zakhri suka bergurau. Dulu masa kecil, nak bercakap dengan aku pun takut. Akhirnya aku tersenyum puas.
Aku bersyukur sanagt diberi kesempatan untuk mengecapi bahagia
*****
"Ketaatan isteri pada suami adalah jaminan syurganya. Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, " Jika seorang wanita melaksanakan solat lima waktunya, melaksanakan shaum pada bulannya, menjaga kemaluannya, dan mentaati suaminya, maka ia akan masuk syurga dari pintu mana saja ia kehendaki." (HR Ibnu Hibban dalam Shahihnya)
"Sayang dengar tak radio tu kata apa?"
"Sejak bila abang jadi pendengar IKIM ni?" sengaja aku menukar topik. Almaklumlah terkena batang hidung sendiri.
"Jangan nak mengada-ngada tukar topik."
"Maafkan adinda wahai kanda." Aku mula mengedik dengan lelaki yang aku benci suatu masa dahulu.
"Mama, adinda tu apa?" anak aku, Zairiel Azuan bertanya.
Aku tersenyum.
"Susahlah mama nak jawab." Kataku. "Minta babah yang jawab ye?" aku menjeling manja ke arah Zakhri.
"Susah nak jawab atau malas?" kata Zakhri bagaikan dapat menka kemalasan aku.
"Okey-okey. Adinda tu bahasa istana. Nanti along dah besar, along akan faham." Jelas ku. Aku rasakan itu satu penerangan yang baik.
"Ada unsur kemalasan dalam penerangan sayang tu." Zakhri ketawa.
"Sukalah tu."
Zakhri tersenyum. Aku turut tersenyum bahagia.
P/s : ISTERI yang terbaik adalah isteri yang MEMINTA MAAF segala dosa dari SUAMInya setiap hari sebelum tidur..
Credits by:Kaqyonk Fauzi
0 comments:
Post a Comment