Dalam cuaca panas ni, membuatkan hati tyka sayup je. Teringin jugak nak kembali ke zaman kecik-kecik dulu. Beban masalah takde langsung. Tapi, tetiba je tyka teringat kenangan masa kat sekolah rendah dulu. Dengan sikap yang tak matang langsung, tak tau malu haha kelakar giler. Tyka percaya korang pun melalui perkara yang sama macam tyka.
Antara kenangan tyka kat sekolah rendah dulu. Mungkin korang jugak haha
1. Bila ada salesman jual buku dan bagi senarai buku, eksaited nak beli. Esok mintak duit kat mak ayah nak beli buku walaupun buku tu dah pernah baca banyak kali. Macam gitu jugak dengan salesman yang jual Vitagen haha.
3. Main lawan pemadam. Sayang betul nak guna pemadam tu, nanti kalah. Padahal fungsi pemadam sebenarnya, untuk padam!
4. Bila time beratur kat perhimpunan, kena angkat tangan atas bahu kawan depan kita haha comel. erk
5. Asyik-asyik buat karangan " aku sepasang kasut" "aku sebuah basikal" haha
6. Trend tulis "ni aku punya, jangan curi. siapa curik, dia berdosa!" kat pensil box. Last2 kena curik jugak haha -_-"
7. Suka mengejek nama kawan. Kalau bukan nama kawan, nama bapakkk dia. Tak pun atok dia. Jahiliah giler time kecik-kecik dulu haha.
8. Takut BCG tapi lepas kena inject poyo la pulak...
9. Suka tengok cerita kartun. Antaranya Dragon Ball, Power Rangers, Ninja Turtles
10. Balik sekolah beli JoJo tak pun Dendang. Tora pun best jugak. Beli semata-mata nak mainan dalam tu je, coklatnya tak makan pun.
Itu je yang aku masih boleh ingat waktu kat sekolah rendah dulu. Hari pertama aku masuk sekolah rendah tyka tak menangis pun. Gembira lagi ada lah sebab dah rasa macam budak besar. tyka pun tak suka mak ayah tyka tunggu aku kat luar kelas. Lagipun, diorang sibuk dengan kerja. Diorang hantar tyka and then balik haha. Tersentap kejap tapi tyka cool je.
P/s: Korang pun kongsilah sama-sama mende apa yang korang rasa kelakar waktu kecik-kecik dulu okeh?
Tidak dinamakan cinta apabila melemparkan pasangan mereka ke neraka. Tidak dinamakan cinta kalau buat diri & pasangan gagal ujian dunia. Tidak dinamakan cinta kalau buat pasangan & diri sendiri lupa serta jauh dari Allah. THANKS FOR READING MY BLOG.
" Ya Allah, izinkan kami membina mahligai yang akn membawa kami ke syurga-Mu dkn 1 ikatan yg sah iaitu suami dan isteri... benarkanlah kami menggapai kebahagiaan... semoga jodoh itu milik kami... insya ALLAH.. aamiin... "