Saya tak minta yang terbaik tapi sya minta yang boleh jaga sya dgn baik..
Saya tak minta owg yg alim,tapi saya minta owg yang boleh mmbimbing saya ke jalan allah..
Saya tak minta yang romantik tapi saya minta yang boleh mingingati saya tentang agama..
Saya tak minta yang kacak tapi saya minta yang sdp mata memandang..
Saya tak minta yang berharta tapi saya minta yang bersyukur dn trima saya seadnya dlm hdup dia.
Capital H layakkah saya untuk bersama awak? Awak terlalu sempurna. Mengajar saya sesuatu yang saya tidak tahu. Menghormati dan sentiasa menasihati. Memberi galakan dan sokongan. Meletakkan saya ditempat yang sepatutnya. Mencipta 1 perhubungan sangat mudah. Hanya dengan persetujuan antara 1 sama lain maka terciptalah 1 perhubungan. Tetapi mendalaminya sangat sukar. Dengan latar belakang dan sifat yang berbeza ( jantina confirm berbeza ) hubungan itu perlu diserasikan dengan pelbagai cara. Membuang sikap negatif dan mengamalkan sikap positif. Tidak perlu berlebihan just berpada-pada. Tidak perlu menyimpan kekurangan kerana ia boleh dibaiki. Menonjolkan kelebihan juga penting, kerana apabila teserlahnya kekurangan maka kelebihan yang kita ada itulah yang boleh mengawal semua keadaan. Awak banyak berkorban untuk saya. Tak pernah menghampakan saya ( Benarkah? sikit ada kot ) . Setiap permintaan saya mesti awak tunaikan. Sama ada lambat atau cepat mesti saya akan terimanya daripada awak. Masih baikkah seandainya saya terus bersama awak? Setiap kerenah saya awak hadapi dengan sabar. Awak pendengar yang baik. Mendengar setiap masalah saya. Sentiasa memberi kata-kata semangat. Awak sangat peramah. Saya selalu perhatikan awak. Tipu la kalau tiada secebis cemburu dalam diri saya bila awak beramah mesra dengan wanita lain tetapi saya tahu seandainya saya halangan saya tak dapat apa-apa. Paling-paling dapat maki. Saya tahu had batasan kita. Awak bukan hak mutlak saya. Seandainya ditakdirkan kita berjodohan tetapi apabila terpisahnya nyawa dari jasad maka awak milik ALLAH. Awak hanya pinjaman.
Seandainya ditakdirnya hilang nyawaku dari jasadku maka janganlah engkau meratapinya. Aku tahu itu bukan kehendakmu dan itu juga bukan kehendakku. Kematian itu pasti. Tidak sesiapa boleh tahu bila hari kematiannya. Tetapi biarlah aku mati dalam dakapan suamiku. Izinkan aku mencapai kebahagiaan. Walaupun hanya sebentar. Izinkan aku melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan melahirkn zuriat untuk suamiku. Izinkan aku membelai suami serta anakku nanti. Walaupun hanya untuk seketika tetapi izinkanlah aku. Seandainya telah dekat kematianku pada saat ini Engkau terimalah semua ibadahku. Engkau berikanlah hidayahMU kepadaku. Aku tahu bahawa hidayah perlu dicari, maka inginku mencarinya dan Engkau permudahkanlah aku untuk mendapatkannya Ya ALLAH. Ya ALLAH, sungguh banyak kesilapanku. Mengotakan seribu janji kepadanya. Tetapi tidak ku tahu ia akan tertunai ataupun tidak. Semua itu kehendakmu Ya ALLAH. Seandainya aku hilang darinya Engkau kuatkanlah hatinya. Engkau berilah dia wanita yang serupa denganku tetapi lebih baik daripadaku. Sesungguhnya aku tidak mahu dia melupakanku walaupun sesaat. Biarkanlah cinta kami bersatu. Cinta yang lahir daripada hati. Ya ALLAH jagalah tingkah laku kami Ya ALLAH. Lindungilah kami Ya ALLAH agar kami tidak terjerumus ke lembah maksiat. Agar kami tidak terheret daripada fitnah dan agar kami sentiasa dalam keredhaanMU. Sesungguhnya hanya Engkau yang MAHA MENDENGAR, MAHA MELIHAT, MAHA MENGETAHUI serta MAHA MENGASIHANI.
~> AKANKU JAGA PINJAMANMU INI SEBAIK MUNGKIN DAN SEANDAINYA ENGKAU MENGINGINKANNYA KEMBALI APAKAN DAYAKU UNTUK BERKATA TIDAK KERANAKU TAHU SETIAP YANG HIDUP ADALAH KEHENDAKMU DAN BEGITU JUGA YANG MENINGGALKAN DUNIA INI <~
P/S :syg.. .. SAYA MENGHARAPKAN SESUATU YANG BELUM PASTI DAPAT KITA GAPAI BUKAN KERANA IA HANYA ANGAN-ANGAN YANG BELUM MENJADI KENYATAAN.. AWAK, SEMOGA KITA DAPAT GAPAI APA YANG KITA HAJATI. :)
saya sayang dia sgt2..
smoga hbgn kami akn pjg smpi ke jinjang pelamin.. amin..
ILOVEYOU SO MUCH BIE SYG.. :*
0 comments:
Post a Comment