-->
skip to main | skip to sidebar
My story with someone.
Assalamualikum.. Selamat datang ke blog tyka yang x seberapa ini.. semoga anda semua terhibur walaupn agak jiwang.. Dah masuk tahun 2015.Umur pn da meningkat tua.ya allah tyka syg muhd hanif bkal imam tyka satu ari nty..inshaAllah.Ya Allah, izinkan kami membina mahligai yang akn membawa kami ke syurga-Mu dlm 1 ikatan yg sah iaitu suami dan isteri... benarkanlah kami menggapai kebahagiaan... semoga jodoh itu milik kami... insyaALLAH.. aamiin..
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, 19 February 2013

Tip melupakan seseorang yang istimewa

YANG PALING SEKSA IALAH CUBA MELUPAKAN SESEORANG SEDANGKAN ORANG ITU TIDAK BOLEH DILUPAKAN. DIA SENTIASA DITEMUI; DI TENGAH JALAN, DI DALAM BAS, KETIKA SAMA-SAMA MENUNGGU ANAK DI SEKOLAH, DI PASAR RAYA, DI PASAR MALAM, DI PEJABAT, DI DEWAN KULIAH MALAH DI MANA-MANA SAJA. LEBIH SEKSA KALAU ADA KENANGAN-KENANGAN TERTENTU BERSAMANYA. SETIAP KALI CUBA MELUPAKANNYA, SEMAKIN RINDU PULA JADINYA.

Begitulah hakikat hidup. Berkenalan itu jauh lebih mudah daripada cuba berpisah. Walaupun perkenalan memerlukan keberanian, kesabaran, iltizam, kesungguhan tetapi perpisahan memerlukan jauh lebih banyak daripada semuanya itu. Anda perlu berani untuk melupakannya sedangkan anda memang tidak mampu melupakannya.

Bagaimana lagi harus bersabar sedangkan anda tidak mampu mengelak. Hendak iltizam apa lagi kalau kesungguhan untuk melupakannya juga tidak kesampaian. Begitulah seksa dan deritanya detik-detik untuk berpisah. Sebab itulah usah mudah-mudah membina hubungan istimewa sebab perpisahan kalau terjadi pada saat begini sangat menyeksakan.

Jika anda tidak mampu melupakannya, tidak usahlah melupakannya. Mengenang kebaikan seseorang atas nama ALLAH adalah jauh lebih baik berbanding membenci seseorang atas kejahatannya walaupun atas nama ALLAH.

“Tiada yang paling indah dalam hidup selain bersaudara denganmu, tiada yang lebih sakit selain berpisah denganmu, tiada yang lebih manis bila ada kenangan bersamamu, namun ada yang terbaik dalam memori hidupku kerana ada kebaikan dan pengorbananmu.” Hidup memang perlu toleransi sebab membenci itu menyakitkan jiwa, ia menyesakkan nafas dan membasmi bahagia. Sebaliknya menyayangi itu mengkayakan jiwa, melegakan nafas dan menjamin bahagia.

Namun, atas pelbagai sebab dan alasan, ada kalanya kita seolah-olah ‘wajib’ melupakan seseorang, bukan disebabkan dia itu tidak baik tetapi semata-mata kita tidak mampu lagi hendak mengingatinya. Setiap kali teringat hati terlalu kesal berpisah dengannya, jiwa rasa digarit-garit dengan garpu, maka tatkala ini adalah lebih baik menghilangkan semua memori dan membina lapangan baru.

Bagaimana? Berikut adalah beberapa tip melupakan seseorang. Ia telah membantu ramai orang yang tidak upaya memadamkan bayang-bayang seseorang dalam hati dan memori.

- Buang semua kenangan bersamanya termasuk gambar, lagu, cenderahati dan lain-lain. Bukan tidak lagi menghargai pemberiannya tetapi tidak mahu lagi terkenang-kenangkannya.

- Kenang kejahatannya lebih daripada kebaikannya. Bukan hendak menafikan kebaikan-kebaikannya tetapi tidak mungkin melupakan jika sarat dengan memori kebaikan.

- Anggap dia dijadikan bukan untuk anda. Dia untuk orang lain dan anda juga untuk orang lain.

- Percaya pada jodoh, takdir dan hikmah di sebalik perpisahan itu. Pasti ada.

- Carilah pengganti. Usah setia pada prinsip lapuk yang merugikan. Hidup perlu diteruskan dan diurus dengan baik.

- Usah biarkan hati digayut rindu, pilu.

- Elakkan kerap bersendirian tapi keluarlah aktifkan diri.

- Anggap dia tak pernah wujud di muka bumi ini dan anda tidak pernah berkenalan dengannya.

- Faham dan percaya anda sengaja ditemukan insan yang salah supaya akan lebih bersyukur apabila bertemu insan yang betul.

- Mohon pada ALLAH supaya dia lenyap dari fikiran anda.
Love Diary by Unknown at 00:19

3 comments:

  1. Unknown2 June 2013 at 20:23

    makasih atas solusinya :)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. Unknown2 June 2013 at 20:24

    makasih atas solusinya, keadaanku sekarang asangat terpuruk... karena aku harus meninggalkan orang yang aku sayangi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Unknown18 June 2013 at 21:39

      same2.. :) sabar la.. dugaan.. nty awk akn jmpa owg yg lbh baik dari uh.. :)

      Delete
      Replies
        Reply
    2. Reply
Add comment
Load more...

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Doaku


My Mood


The Owner

Nur Atiqah Nor Aman
5 Oktober 95
Love him

Pageviews!

Followers

Hi All !

Thanks to them :
  • Template by Kemetot Chomel
  • Cute icon by Wana Kim
  • SHOUT HERE

    Kenangan Lalu

    • ▼  2013 (39)
      • ▼  February (13)
        • Renung-Renungkan :)
        • Belajar tulis ayat bi walupn xtw btul ke x tyka tu...
        • Adam & hawa
        • Perjalanan Hidupku
        • 100 Reasons Why She Love Him ~
        • Jika ini yg terbaik dan aku perlu mngalah demi kbh...
        • Harapan yg x pernah pupus..
        • Tip melupakan seseorang yang istimewa
        • Bercinta Bagai Nak Rak
        • Kenapa Wanita Begitu dan Begini
        • Tabahkanlah hati ini dengan segala dugaan mu,Ya Al...
        • Hanya mampu berharap..
        • Kecantikan Lelaki.. :)
      • ►  March (5)
      • ►  April (2)
      • ►  May (3)
      • ►  July (2)
      • ►  August (1)
      • ►  October (6)
      • ►  November (7)
    • ►  2014 (2)
      • ►  January (1)
      • ►  May (1)
  • Tidak dinamakan cinta apabila melemparkan pasangan mereka ke neraka. Tidak dinamakan cinta kalau buat diri & pasangan gagal ujian dunia. Tidak dinamakan cinta kalau buat pasangan & diri sendiri lupa serta jauh dari Allah. THANKS FOR READING MY BLOG.
  • " Ya Allah, izinkan kami membina mahligai yang akn membawa kami ke syurga-Mu dkn 1 ikatan yg sah iaitu suami dan isteri... benarkanlah kami menggapai kebahagiaan... semoga jodoh itu milik kami... insya ALLAH.. aamiin... "





















    Home

    Eyka

    facebook

    TWITTER

     

    More Glitter Text & Graphics at NewGraphicMyspace.Com