Assalamualikum.. Selamat datang ke blog tyka yang x seberapa ini.. semoga anda semua terhibur walaupn agak jiwang.. Dah masuk tahun 2015.Umur pn da meningkat tua.ya allah tyka syg muhd hanif bkal imam tyka satu ari nty..inshaAllah.Ya Allah, izinkan kami membina mahligai yang akn membawa kami ke syurga-Mu dlm 1 ikatan yg sah iaitu suami dan isteri... benarkanlah kami menggapai kebahagiaan... semoga jodoh itu milik kami... insyaALLAH.. aamiin..
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 28 November 2013

Apa mksd perasan x?

♧PERASAN TAK?...Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke StarHill, MegaMall dan seangkatan dengannya...

♧PERASAN TAK?...30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen...
...
♧PERASAN TAK?...Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang di panggung...

♧PERASAN TAK?...Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan doa ketika solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan...

♧PERASAN TAK?...Betapa seronoknya mendengar seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak, sampai pagi, tapi tahajjud tak buat..

♧PERASAN TAK?...Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah...

♧PERASAN TAK?...Orang berebut depan untuk menonton bola dan konsert, tapi berebut saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar....

♤Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu 
2. Kata-kata 
3. Kesempatan

♤Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg :
1. Kemarahan 
2. Keangkuhan
3. Dendam ..

♤Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang :
1. Harapan 
2. Keikhlasan 
3. Kejujuran

♤Ada 3 Hal yg paling berharga :
1. Kasih Sayang ..
2. Cinta 
3. Kebaikan

♤Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :
1. Kekayaan 
2. Kejayaan 
3. Mimpi 

♤Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :
1. Komitmen 
2. Ketulusan 
3. Kerja keras 

♤Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
1. Tekad 
2. Kemahuan 
3. Fokus 

♤Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki 
2. Umur
3. Jodoh 

♤TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian
Ni la mksd perasan tak.. hehehehehehe.. :D maaf lw ada slh silap.. :)

Friday, 22 November 2013

Andainya Lelaki Tahu..

Andai lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya..

Andai lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan utnuk terus tabah menyintai lelaki itu..

Andai lelaki tahu.. Apabila seseorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah bermakna dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang beru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin banyak pula pertelingkahan yang berlaku.

Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang.. tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan jarang mengatakan 'i love you', itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan berkata, ''tolong tinggalkan saya!", dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu.. Sememangnya ALLAH menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. Perempuan itu diciptakan oleh ALLAH indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu nampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dia yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak anda.
p/s : Tiada siapa dapat menjangka apa yang akan berlaku dalam kehidupan kita dan kita hanya mampu merancang, tetapi ALLAH yang menentukan segalanya.. Ingatlah, hanya ALLAH yang dapat menyembuhkan dan mencantumkan hati-hati yang berkecai..

Redha

Kalau satu hari awak menangis, bagi tahu saya .
saya tak janji nak buat awak tersenyum .
tapi saya boleh menangis bersama awak .
Kalau satu hari awak ada masalah, bagi tahu saya .
saya tak janji nak bagi awak penyesalan .
tapi awak boleh kongsi dengan saya .
Kalau satu hari awak mahu pergi , bagi tahu saya .
saya tak janji untuk halang awak .
tapi saya boleh berjalan bersama awak .
kalau satu hari awak perlukan seseorang .
untuk mendengar cerita awak, bagi tahu saya .
saya janji akan ada untuk awak .
Tapi kalau satu hari awak perlukan saya dan saya tiada . .
percayalah . .
hati saya akan sentiasa bersama awak .
Jika ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu impikan, semoga Dia menghadirkan seseseorang yang MENGIMPIKANMU..

Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu rindukan, semoga Dia menghadirkan seseorang yang MERINDUKANMU..

Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu dambakan, semoga Dia memberimu seseorang yang MENDAMBAKANMU..

Bila ALLAH tidak menyatukanmu dengan seseorang yang kamu cintai, semoga Dia menghadirkan seseorang yang MENCINTAIMU..

Yang bukan HANYA kerana apa yang ada PADAMU tetapi apa adanya DIRIMU..semoga ALLAH memberikan kita yang TERBAIK dengan segala keindahan hati & KETAQWAANNYA, insyaAllah…

Ya Allah,
Ya Tuhan Kami,
Jadikanlah rumah tangga kami ini,
Seindah rumah tangga Adam dan Hawa a.s.
Setabah Ibrahim dan Hajar a.s.
Sebahagia Yusuf dan Zulaikha a.s.
Sesetia Sulaiman dan Balqis,
Sesuci Muhammad SAW dan Siti Khadijah.
Murahkanlah rezeki kami,
Panjangkanlah umur kami,
Dekatkanlah kami kepada kebaikan,
Jauhkanlah kami daripada keburukan.
Kurniakanlah kami,
Zuriat yang Soleh dan Solehah,
Serta kesenangan dan kebahagiaan,
Di dunia dan di akhirat.
Aamiin.

#Melayar bahtera bersama Imamku.