Assalamualikum.. Selamat datang ke blog tyka yang x seberapa ini.. semoga anda semua terhibur walaupn agak jiwang.. Dah masuk tahun 2015.Umur pn da meningkat tua.ya allah tyka syg muhd hanif bkal imam tyka satu ari nty..inshaAllah.Ya Allah, izinkan kami membina mahligai yang akn membawa kami ke syurga-Mu dlm 1 ikatan yg sah iaitu suami dan isteri... benarkanlah kami menggapai kebahagiaan... semoga jodoh itu milik kami... insyaALLAH.. aamiin..
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, 11 October 2013

Cara Memikat Wanita Mengikut Sunnah

Wink3** amboi2, nampak je tajuk ni, cepat je tekan link ni kan~ ^^ hihi.. Haaa.. kepada kaum adam  yg masih "mencari" tu, boleh cuba cara ini untuk memikat si gadis. Tapi ingat, niat biarlah ingin dijadikan isteri, bukan untuk suka2 ye.. :) Dalam Islam, percintaan itu adalah satu anugerah, TAPI, harus dijaga dengan baik, biar berlandaskan syarak dan tidak melanggar segala larangan Allah SWT.. ^^ InsyaAllah tiada kecewa dalam agama. Istikarah, atau lakukan suna hajat, mohonlah petunjuk daripadaNya.. ^__^ Sesungguhnya Dialah yang memegang hati setiap hambaNya.. 





1. Menyatakan hasrat melalui keluarga wanita, misalnya ayah si gadis itu. Cth: Nabi saw menyatakan hasrat hatinya kepada Aisyah melalui Abu Bakar dan Hafshah melalui ayahnya Umar al-Khattab (bukhari dan Muslim) Fiqh: apabila kita sudah ada hubungan yang kuat dgn ayah dan ayah si gadis telah mengenali si fulan, maka mudahlah anda menyalurkan hasrat hati anda

2. Boleh secara langsung menyatakan hasrat hati kepada gadis juga boleh melalui perantara. Misalnya Nabi saw meminang Ummu Salamah secara terus melalui wakilnya Hathib bin Abi Balta’ah (muslim 1525). Imam Nasa’iy melapurkan Abu Talhah melamar Ummu Sulaim secara langsung tanpa perantaraan. Ini cara gentleman, terus menyatakan hasrat suci kepada gadis itu. (sahih anNasa’iy 3133)

3. Memikat wanita melalui pengaruh tokoh masyarakat. Imam Bukhari-Muslim melapurkan dari Sahl bin Sa’ad, bahawa ada sahabat yang menggunakan kedudukan RasuluLlah saw untuk masuk memikat hati perempuan. Bukhari 4642. Lalu Rasulullah mengirim arahan bahawa lelaki itu mendapat restu baginda utk meminang wanita tsb.

4. Menggunakan bahasa sindiran kepada gadis idaman. Dalilnya: AQ 2:235 (dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita2 itu dengan sindiran). Kaum salaf menggunakan pelbagai teknik samada dari segi lisan dan perbuatan utk menyatakan hajatnya kepada wanita idaman. ada yg mengirim salam dan ada yang mengutus hadiah dan ada yang menyindir dengan kata-kata simbolik (ahkamul Qur:an oleh Ibnul Arabi (1/212-213) 




Hee.. ^^ Bagaimana? Mahu cuba? Bagi tyka, lelaki yang mengamalkan cara di atas untuk memikat wanita, barulah digelar GENTLEMAN. ^___^ hehe.. bila pulak giliran tyka.. :P hihi.. gurau saja yea ^__^ Ma'as salamah.. Assalamualaikum ya akhi wa ukhty ^^


Thursday, 10 October 2013

Hawa,Kasihanilah Adam!

Bagaimana iman hari ini? Bertambah atau berkurang? InsyaAllah semoga dipermudahkan olehNya segala urusan dan semoga sentiasa di bawah lindungan rahmat dariNya..

Alhamdulillah.. tergerak hati ini untuk menulis entry bertajuk "Hawa, Kasihanilah Adam!".. dek kerana suatu hari fika terlihat seorang hamba Allah dari kalangan adam menegur saudara hamba dari kalangan hawa supaya menutup aurat, tetapi cemuhan pula yang dibalas kepada khalifah Allah itu.. sedangkan beliau telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai khalifah, iaitu berpesan-pesan sesama saudara umat Muhammad.. 


Mungkin sudah lama saudara2 dari kalangan Adam cuba meluahkan betapa mereka begitu mengambil berat tentang Hawa.. Namun mungkin tidak terzahir dengan kata-kata.."Tercipta Engkau dari rusuk lelaki, bukan dari kaki untuk dialasi, bukan dari kepala untuk dijunjung, tapi dekat di bahu untuk dilindung.. dekat jua di hati untuk dikasihi.. Engkaulah WANITA HIASAN DUNIAWI.." :') Bukankah wanita dicipta untuk dilindungi oleh Adam? Tapi mengapa saudariku Hawa.. Mengapa bila kita diberi teguran membina oleh Adam, kita menarik muka? Bukankah mereka cuba melindungi kita dari panasnya api neraka kelak? Mengapa kita tidak menghargai teguran mereka? mengapa mereka dicemuh jika menegur, tetapi dihormati dan disayangi jika mereka memuji kita? 

Jikalau Adam mampu menzahirkan perasaan kecewa terhadap Hawa.. mungkin inilah lafaz yang sudah lama terpendam rapi..

"Hawa, kasihanilah aku.. Engkau hiasan terindah di atas muka bumi.. mana mungkin mata seorang insan bergelar "Ar-Rijjal" mampu lari dari sesuatu yang terindah.. Engkau diciptakan dengan penuh kasih sayang.. penuh keistimewaan.. TUTUPLAH AURATMU dari pandanganku.. Kerana pandanganmu terhadapku mungkin pandangan biasa.. tetapi ketahuilah hawa.. bahawa pandanganku terhadapmu boleh menembusi syahwatku.. Yang menjadi senjata syaitan untuk menajamkan nafsuku..

"Wahai saudariku HAWA.. TUTUPLAH AURATMU.. aku ini manusia yang lemah.. imanku mudah goyah.. walau ku cuba menjadi nakhoda kepada imanku.. namun benar terasa payah..  ketahuilah HAWA.. auratmu itu mungkin perhiasan diri di atas muka bumi.. tetapi ia mungkin menjadi BAHAN BAKAR API di akhirat nanti..

"Wahai saudariku HAWA.. Terciptanya engkau dari tulang rusuk kami.. maka  sanggupkah kami melihat tulang rusuk kami sendiri terbiar retak, dek kerana maruahnya dipijak.. Ketahuilah HAWA.. MAHARMU semahal MARUAHMU.. Selangkah kakimu keluar dari rumah tanpa meutup aurat, maka selangkah jua ayahmu mendekati neraka.. Dan jika kamu dilempar masuk ke neraka kelak, maka 4 orang dari kalangan kami akan turut dilempar bersama kamu.. "Ayahmu, Suamimu,Abang-abangmu, dan Anak-anak Lelakimu.."
tahukah kalian bahawa kami ini bakal menjadi anak lelaki,abang,suami, dan ayah kepadamu suatu hari kelak? tarikanmu bukan sahaja HEBAT DI DUNIA.. malah lebih hebat di akhirat kelak..

"Wahai HAWA.. kasihanilah kami.. Lindungilah mata kami dari melihat auratmu.. Tutuplah auratmu.. sebelum ia ditutup.. dan dibawa ke hadapan kami utuk disolatkan nanti... "
Renungkn2 dan selamat beramal.. :)

Wednesday, 9 October 2013

My birthday story dan story Cinta antara kami brdua :)

Lmenya x bkak blog dn tulis blog.. hehehehe..
btw bfday tyka baru je lpas 5.10 ari uh.. 
bfday yg tyka x le lpekn sbb my fmly,kwn2 tyka dn yg pling pnting ni 
smua rncgn my sweetheart(hanif) yg smbut bfday tyka ari uh kt tasik pemaisuri..
Bie ayg nk ucpkn trima ksh sgt2 kt bie sbb sudi smbut bfday ayg ari uh.. bie laki prtama yg smbut bfday ayg..trima ksh jgk kt ibu tyka dah lahirkn tyka serta bsar an tyka slma 18 tahun ni,trima ksh ibu yg sush payah msk mse bfday tyka uh,kwn2 tyka yg sudi meriahkn bfday uh iaiti husna,aqilah,amirul dn fmly si dia. :) trma ksh jgk yg wish bfday tyka ari uh..
yeay2 tyka dpt hdiah dr dy dan kwn tyka neyna dn amir.. ha.. yg tddy bear uh my sweetheart yg bg
yg hdiah pmblut wrna coklat uh neyna yg bg dn lagi satu uh amir yg bg my bff..
Name bear yg bsar ni ialah bear mok tmbam syg.. ni my sweetheart yg bg tddy bear ni..
Skrg ni crita tntg tyka dan my sweetheart,
 Cintaku tidak sehebat cinta romeo dan juliet..
Cintaku tidak sesuci Cinta Nabi muhammad dan siti khadijah,
malah cintaku juga tidak seindah cinta laila dan majnun..
Namun cintaku juga tiada bandingan..
Cintaku padamu setulus hati..
Andai kte brdua tlah ditakdirkan brsme utk slmenya,
smpi ke jinjang pelamin,saya akan sntiasa mncntai awak setulus ati kerana allah dan 
mencintaimu hngga ke akhr hayat andai ada jodh diantara kte
Hanya awak dan saya sahaja mengerti betapa hebat dan sucinya cinta abadi itu..
Dia telah menemukan kita berdua di sini..
Setelah sekian lama kte berkenalan,kau turut menyimpan perasaan yg sama terhadapku.
Kita menjalinkan hubungan persahabatan dn cinta walaupn kte x kn pernh couple
setelah kau meluahkan isi hati yang telah lama terbuku di ati..
Inilah dinamakan takdir dan bukan kerana harta,
kau menerimaku seikhlas ati walaupn kau tahu kisah lmeku..
Pintu hatiku telah kau buka dengan kunci kejujuran dan
 keikhlasan setelah ia terkunci ketat dn tidak dibuka oleh mane2 laki pon..
Kasih antara kita tak pernah pudar dan hanya takdir yang 
boleh memisahkan kita berdua..
Kau telah memberikan aku sinar bahagia yg kau telah curi dari hatiku slma ini..
Kau sayangilah dan jnji dgnku bhwa kau akn semai cnta yg satu ini..
Hanya satu yang aku pinta drpdamu,sama-samalah kita menjaga hati dan 
setia bersamaku walau apa yg terjadi antara kita hingga ke akhir nanti..
Bie.. ayg harap sgt walupn kte x couple,ayg harap hbgn kte brdua kekal walupn kdg2 kte slalu gado dn kdg2 kte sweet.. ayg nk bie tw,dlm ati ayg xda laki len slain bie walupn ramai yg nk ayg sbnrnya.. 
tp prcyala ayg syg dn cntakn bie mok sowg je..ayg syg dn cntakn MUHD HANIF BIN HASSAN..
gmbr tyka dan my sweetheart(hanif)


Doaku utk hubungn kami andai kami ada jodh
Ya Allah,
Ya Tuhan Kami,
Jadikanlah rumah tangga kami ini,
Seindah rumah tangga Adam dan Hawa a.s.

Setabah Ibrahim dan Hajar a.s.

Sebahagia Yusuf dan Zulaikha a.s.
Sesetia Sulaiman dan Balqis,
Sesuci Muhammad SAW dan Siti Khadijah.
Murahkanlah rezeki kami,
Panjangkanlah umur kami,
Dekatkanlah kami kepada kebaikan,
Jauhkanlah kami daripada keburukan.
Kurniakanlah kami,
Zuriat yang Soleh dan Solehah,
Serta kesenangan dan kebahagiaan,
Di dunia dan di akhirat.
Aamiin.
#Melayar bahtera bersama Imamku.

Smoga hubungan ayg dn bie brpnjgn hngga akhr hayat dn ke jinjang pelamin..
ILOVEYOU SO MUCH :)