Assalamualikum.. Selamat datang ke blog tyka yang x seberapa ini.. semoga anda semua terhibur walaupn agak jiwang.. Dah masuk tahun 2015.Umur pn da meningkat tua.ya allah tyka syg muhd hanif bkal imam tyka satu ari nty..inshaAllah.Ya Allah, izinkan kami membina mahligai yang akn membawa kami ke syurga-Mu dlm 1 ikatan yg sah iaitu suami dan isteri... benarkanlah kami menggapai kebahagiaan... semoga jodoh itu milik kami... insyaALLAH.. aamiin..
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 2 May 2013

30 Perkara Perempuan Tak Sempat Bagitau Lelaki.

Dahsyat sungguh pompuan ni...banyak perkara yang mana perempuan lebih suka difahami secara tersirat. ye ke tak sempat bagitau?silakan baca.  

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. 

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. 

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan). 

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain. 

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!! 

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian. 

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja. 

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan. 

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. 

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna. 

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita. 

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut. 

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan. 

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam. 

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. 

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya. 

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!! 

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.  

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta. 

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri. 

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!! 

 22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya. 

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui. 

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik. 

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. 

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.. 

 27. Senjata wanita adalah airmata!! 

 28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya  (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu. 

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah... 

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. 

Note: tidak semestinya 30 perkara diatas semuanya wujud dalam diri setiap wanita..tapi zaman sekarang ni lelaki pun ramai yang 'apply' perkara-perkara diatas tu .  :-) 


Thursday, 4 April 2013

Zaman Budak-Budak dahulu

Dalam cuaca panas ni, membuatkan hati tyka sayup je. Teringin jugak nak kembali ke zaman kecik-kecik dulu. Beban masalah takde langsung. Tapi, tetiba je tyka teringat kenangan masa kat sekolah rendah dulu. Dengan sikap yang tak matang langsung, tak tau malu haha kelakar giler. Tyka percaya korang pun melalui perkara yang sama macam tyka. 


Antara kenangan tyka kat sekolah rendah dulu. Mungkin korang jugak haha

1. Bila ada salesman jual buku dan bagi senarai buku, eksaited nak beli. Esok mintak duit kat mak ayah nak beli buku walaupun buku tu dah pernah baca banyak kali. Macam gitu jugak dengan salesman yang jual Vitagen haha.

2. Pakai pencil box bertingkat-tingkat. Tengok pencil box siapa paling canggih.

3. Main lawan pemadam. Sayang betul nak guna pemadam tu, nanti kalah. Padahal fungsi pemadam sebenarnya, untuk padam!

4. Bila time beratur kat perhimpunan, kena angkat tangan atas bahu kawan depan kita haha comel. erk

5. Asyik-asyik buat karangan " aku sepasang kasut" "aku sebuah basikal" haha

6. Trend tulis "ni aku punya, jangan curi. siapa curik, dia berdosa!" kat pensil box. Last2 kena curik jugak haha -_-"

7. Suka mengejek nama kawan. Kalau bukan nama kawan, nama bapakkk dia. Tak pun atok dia. Jahiliah giler time kecik-kecik dulu haha.

8. Takut BCG tapi lepas kena inject poyo la pulak...

9. Suka tengok cerita kartun. Antaranya Dragon Ball, Power Rangers, Ninja Turtles

10. Balik sekolah beli JoJo tak pun Dendang. Tora pun best jugak. Beli semata-mata nak mainan dalam tu je, coklatnya tak makan pun.

Itu je yang aku masih boleh ingat waktu kat sekolah rendah dulu. Hari pertama aku masuk sekolah rendah tyka tak menangis pun. Gembira lagi ada lah sebab dah rasa macam budak besar. tyka pun tak suka mak ayah tyka tunggu aku kat luar kelas. Lagipun, diorang sibuk dengan kerja. Diorang hantar tyka and then balik haha. Tersentap kejap tapi tyka cool je.

P/s: Korang pun kongsilah sama-sama mende apa yang korang rasa kelakar waktu kecik-kecik dulu okeh?

Thanks for reading my story!

Monday, 1 April 2013

Cinta Berlandaskan Syariat(kisah 3:Mahu yg terbaik,berikan yang terbaik)

Kisah pertama dan kedua tadi mmpaparkan sudut pandangan dari ati tyka..
dah lme tyka x update blog.. ni smbungan yg terakhr pasl cinta berlandaskan syariat..
Ni kisah yg ketiga.. Sesungguhnya yg baik itu dari ALLAH S.W.T dan yg kurg
dan serba tidak tahu itu ini adalah drpd kita semua sbgai makhluknya..
*Istikharah sebagai teman
Fitrah manusia perlukan pasangan dlm hidup.. Jgnkan lelaki biasa,nabi sndri pn terasa
sunyi tanpa wanita..Dalam diam-diam brtnya di dlm ati,
"Manakah jodoh yg dijnjikan Allah kpd saya. Knpe tidk datang-datang juga".?
Begitulah perasaan ssowg yg menanti jodohnya dtg,nmun yg dinanti tidak kunjung tiba..
Tatkala cinta hadir menyapa,dunia yg sunyi mnjdi ceria.
Jiwa yg kosong brtukar gembira. Getaran rse mmbuak bahagia..
Semua yg dilihat indah belaka.. Sebaliknya bgi yg blum terlnjur brcnta,usah gundah-gulana.
Hiduplah sbgai owg yg bijak,baik dan sabar.
Tidak perlu menikmati cinta sebelum wktunya krana yakinlah,Allah SWT sudah mnyiapkan
calon belahan jiwa yg trbaik buat kita.. Namun,kala harus memilih,
manakah satu menjadi pilihan antara setiap saat mngundang dosa atw
stiap hari membuahkan pahala? tika itu,bgunlah bermunajat,memohon
petunjuk usai istikharah dan hajat. Moga cinta yg didamba
terarah menuju reda-Nya. Jika sudah memiliki cinta kerana Allah SWT,
bykkan syukur dan mohonlah moga allah permudahkannya..
Jika belum menggapainya,berusahalah mmperbaiki iman 
dan menuruti jalan sesuai dgn syariatNya..
Salurkan cinta teragung hanya kpd Allah SWT,pasti cinta kita akan dibls..
Jika tidak didunia,di akhrt sudah pasti.. Titipkanlah sejuta cinta buat ayahanda,dan bonda,
moga restu mereka milik kita krana disitu letaknya syurga kita.
*Setia menunggu..
Tyka kini terus mengorak langkah mncari belahan hati yg seadnya mmpu mnerima kekurangan dri tyka..
Tyka tidk ingin cintanya taksub buat driku,tetapi tyka mncari cintanya
yg mampu mendorong tyka utk lebih mengingati sang Pencipta.
Masih adakah insan hatinya bgini rupa? Ya.. Tyka yakin ia ada diluar sne,
cuma msenya blum tiba utk ketemu dgn driku..
Atau mngkn tyka harus mmpersiapkan dri tyka trlbh dahulu 
utk brsme pasangan yg diharapkan. Benarlah sebaris ungkapan ini,
Jodoh yg baik hanya utk mereka  yg baik,manakala jodoh yg tidak baik adalah utk yg seumpamanya.

*Pesan memesan..
Akhir skali tentg entry blog tyka pasl cinta brlandaskan syariat kisah ketiga..
Nabi Muhammad SAW: "Amalan yg paling disukai Allah SWT ialah mencintai kerana
Allah dan membenci kerana Allah. " (riwayat Ahmad)
Utk mndapat cinta manusia yang tulus lagi sejati,cari dan kahwinlah dgn manusia yg mencintai Allah,
dan Allah jua mencintainya supaya terisi makna cinta sebenar. :)