-->
skip to main | skip to sidebar
My story with someone.
Assalamualikum.. Selamat datang ke blog tyka yang x seberapa ini.. semoga anda semua terhibur walaupn agak jiwang.. Dah masuk tahun 2015.Umur pn da meningkat tua.ya allah tyka syg muhd hanif bkal imam tyka satu ari nty..inshaAllah.Ya Allah, izinkan kami membina mahligai yang akn membawa kami ke syurga-Mu dlm 1 ikatan yg sah iaitu suami dan isteri... benarkanlah kami menggapai kebahagiaan... semoga jodoh itu milik kami... insyaALLAH.. aamiin..
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, 7 May 2013

Berkahwin diusia muda..

Berkahwin Ketika Belajar Pada Usia Muda | Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada anda yangg sedang membaca. Entry kali ni memang dah lama tyka nak buat, baru sekarang ada masa sesuai nak buat post mengenai Berkahwin Ketika Belajar.Hahahaha.. walupn tyka xnk pn kwin muda sbb nk capai an cita2 tyka dlu dn ayh x bg tyka kwin awl.. huhuhu
Dalam entry berkahwin ketika belajar tyka akan senaraikan Kebaikan Berkahwin Ketika Belajar Pada Usia Muda dari luahan hati tyka sendiri.Tyka mengajak kwn2 tyka untuk membaca entry kali ni.. Jangan Takut Kahwin Muda yang telah mendapat banyak respon mengenai kahwin muda.

Berkahwin Ketika Belajar Pada Usia Muda

Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a berkata: “Ketika kami muda, kami berada bersama-sama Nabi s.a.w dan kami tidak mempunyai apa-apa harta. Baginda berkata kepada kami: “Wahai para pemuda! Jika kamu mampu hendaklah kamu berkahwin, sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan menjaga kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu hendaklah berpuasa kerana berpuasa itu adalah pendinding baginya.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Sememangnya memenuhi tuntutan agama itu pada usia muda memberi banyak manfaat terutama untuk menghalalkan hubungan daripada terjebak dengan budaya couple yang boleh mengundang maksiat.
Dengan restu dan sokongan ibu bapa, niat baik mereka dipermudahkan walaupun berdepan pelbagai cabaran. Pelajar terpaksa membuat persiapan saat akhir kerana perlu menduduki peperiksaan dan bersengkang mata membuat kerja sampingan bagi memastikan bajet mencukupi.
Tahun 2012,Perkahwinan Pasangan Muda Syafiq Dan Yana yang hangat diperkatakan di facebook,twitter,youtube dan blog.


Perkahwinan Pasangan Muda Syafiq Dan Yana

Masyarakat ada yang sokong dan ada juga yang memberi komen negatif mengenai perkahwinan pasangan muda ini.
Tapi bagi tyka, tahniah kepada pasangan muda ini kerana telah ada hubungan yang sah,dapat menjauhi maksiat dan zina apabila sudah berkahwin.
    “Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda ,maka menangislah syaitan . Dan ia (syaitan) mengeluh, “Aduh celaka aku, agamanya telah dipelihara dari godaanku .” HR. Ibnu ‘Addi.
Berdasarkan hadis di atas, jelas menunjukkan berkahwin muda dapat mengelakkan diri dari di goda dengan segala macam godaan syaitan yang memungkinkan diri kita melakukan maksiat.
Semua keputusan sama ada kita ingin berkahwin di usia muda atau tua, itu semua terpulang kepada diri sendiri.
Tak perlu melakukan sesuatu mengikut cakap seseorang, tetapi, fikirlah untuk kebaikan diri sendiri.
Bila dah kahwin adalah satu langkah permulaan memikul tanggungjawab yang besar. Kalau lelaki, dia kena bersiap sedia untuk membimbing isteri dan anak-anak.
Kalau perempuan pula, dia kena bersiap sedia untuk memikul tanggungjawab menguruskan keluarga. Soal tanggungjawab yang dipandang remeh lah yang selalu jadi punca kepada keruntuhan sesebuah institusi keluarga tu.


Kebaikkan & Kelebihan Berkahwin Ketika Belajar Pada Usia Muda

(dari pandangan tyka)
1) Kahwin awal dapat mengelakkan zina.Pasangan muda yang masih belajar apabila kahwin muda, mereka akan terlepas dari melakukan maksiat sebab mereka dah mempunyai hubungan yang halal dan sah.Daripada bercouple 4,5,6,7,8,9 ataupun 10 tahun tetap berdosa sebab semasa bercouple macam-macam maksiat boleh berlaku. Dalam islam pun sebenarnya tak dibenarkan bercouple, sebaliknya nak yang lebih indah iaitu Bercinta Selepas Nikah

2) Dapat mengawal nafsu dan elakkan maksiat,Sekarang ni terlalu banyak kes anak di luar nikah, kes pembuangan bayi.Ini semua berlaku disebabkan perasaan cintayang ditambah dengan nafsu dan dengan hasutan syaitan maka terjadilah zina. Sebab tu digalakkan berkahwin ketika belajar pada usia muda, sebab kita selamat dari melakukan perbuatan terkutuk iaitu zina dan selamat daripada melakukandosa. Apabila dah berkahwin pastinya kita akan menjaga zuriat kita dengan baik dan sempurna.


Buang bayi

3) Batas-batas pergaulan anda terpelihara, memang tak dapat dinafikan pasangan couple selalunya tidak dapat menahan perasaan ingin berjumpa,ingin dating,ingin bersama2 setiap masa dan waktu.Apabila perkara ini selalu terjadi, secara tidak langsung pasangan ini akan terlibat dengan melalukan perbuatan terlarang iaitu maksiat & zina.

Bila dah kahwin, dan mempunyai hubungan yang sah anda sudah berjaya menjaga batas-batas pergaulan anda.


4) Bila dah berkahwin pada usia muda, anda sebenarnya sudah boleh dikatakan selamat dari gangguan orang ramai. Sekarang ni kita boleh lihat setiap hari perempuan2 yang cantik akan diganggu oleh lelaki. Perkara ini sering terjadi kepada pelajar IPTA. Dengan berkahwin pada usia muda dan mempunyai suamianda sebenarnya sudah selamat dari gangguan.


5) Selamat dari cinta monyet, anda semua mesti tahu apa itu cinta monyet? biasa cinta monyet ni bertahan sekejap selepas itu putus.


Ramai sebenarnya yang cinta monyet,berjanji sehidup semati nk bersama2 untuk selama-lamanya.Tapi bila hubungan yang diharapkan kekal sehingga ke jinjang pelamin akhirnya musnah.
Apabila perkara ini berlaku, anda akan kecewa,sedih,marah,benci dan paling teruk hilang kepercayaan terhadap cinta ada yang sampai bunuh diri.Sebab itu anda patut berkahwin ketika usia muda, sebab apabila dah berkahwin insyAllah akan kekal selama-lamanya.


kecewa bunuh diri

6) Hidup lebih berkat dengan adanya hubungan yang sah.Pastinya hidup anda akan lebih berkat apabila mempunyai ikatan hubungan yang sah iaitu suami dan isteri.


7) Prestasi cemerlang selepas kahwin,dan mendapat semangat baru untuk belajar, tak dapat dinafikan dah ramai yang berkahwin semasa belajar mereka memperolehi keputusan yang cemerlang dalam pelajaran dan exam. Dengan berkahwin, menjadikan seseorang itu lebih tenang dan matlamat hidup mereka lebih jelas. Mereka lebih fokus dalam bidang pelajaran dan sokongan dari pasangan membuatkan mereka lebih bersemanga


prestasi lebih cemerlang selepas kahwin

Siti Hajar Aiyshah Yunus, 22, dan suaminya, Muhammad Suffian A. Rahim, 25, yang menerima diploma masing-masing pada Majlis Penyampaian Ijazah dan Diploma Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi Graduan Program Kerjasama dan Program Eksekutif 2010 di sini semalam.

Mereka mengambil jurusan yang sama iaitu Diploma Kejuruteraan Elektronik dengan Siti Hajar memperoleh purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.68 manakala suaminya, 3.21.

Lebih menarik, pasangan itu yang berkahwin pada 2007 ketika di tahun dua, turut dikurniakan dua anak, Aiyshah Humairah, 2, dan Muhammad Amzar Hamizan, empat bulan.“Ketika hendak berkahwin, keluarga mulanya membantah tetapi apabila kami beri sebab-sebab yang munasabah, mereka akhirnya bersetuju.

8) Hadiah yang terlalu bernilai dan diharapkan oleh ibu dan ayah anda.Semua ibu dan ayah ingin menimang cucu mereka sendiri.


9) Dapat membuat perancangan keluarga lebih awal,apabila anda berkahwin pada usia muda anda sudah boleh merancang untuk masa depan keluarga anda.Isteri juga akan berasa yakin dan konfiden apabila melahirkan anak pada usia muda.Selain itu,pasangan yang berkahwin pada usia muda sebenarnya beruntung sebab boleh menjaga anda di usia muda. Kelebihanya apabila umur anda sudah 30 lbih masa tu anak-anak dah besar.Jadi anda tak kelam kabut pada usia tersebut.


10) Menjadikan anda lebih bertanggungjawab, bila dah berkahwin dan mempunyai keluarga.Anda pasti akan ubah sikap2 malas anda kepada rajin sebab anda bukan lagi hidup dibawah jagaan ibu dan ayah tetapi anda sudah mempunyai tanggungjawab besar untuk jaga keluarga anda.


Semua yang tertulis di atas semuanya dari luahan hati tyka sendri,tyka tahu anda juga mempunyai pendapat anda tersendri.Itu shja yg tyka tahu,tyka harap anda akan berkongsi pendapat anda mengenai topik Berkahwin Ketika Belajar Pada Usia Muda.
Tapi tak semuanya indah bila berkahwin pada usia muda, macam2 kes juga boleh berlaku antara bercerai pada usia mudah muda2 lagi dah jadi janda/duda.


Ramai pasangan muda yang berkahwin mempunyai masalah kewangan untuk meneruskan kehidupan, ini memang kenyataan ramai yang gagal disebabkan faktor kewangan yang tidak tetap.Jadi bila masalah kewangan berlaku keluarga anda juga akan melarang anda untuk berfikir pasal kahwin.
Nasihat tyka sebelum nak jaga anak orang,sebelum nk impikan mempunyai keluarga bahagia anda kumpul la duit dulu untuk masa depan anda bersama keluarga anda.Jangan lupa ilmu agama juga sangat penting,jika anda lelaki anda perlu mempunyai ilmu agama yang cukup sebelum berkahwin,sebab bila dah berkahwin anda perlu membimbing isteri anda menjadi isteri yang solehah.


Anda jangan ingat semuanya indah selepas berkahwin pada usia muda, selepas berkahwin terdapat banyak cabaran yang anda dan pasangan anda perlu hadapi, ini yang menjadi perkara yang paling ditakuti oleh masyarakat.Banyak tanggungjawab yang akan datang,lagi2 lepas anda sudah mendapat cahaya mata.


Masa tu anda perlu bersedia banyak dari segi mental dan fizikal.Anda juga perlu sediakan duit untuk 

membeli keperluan anak anda, seperti baju,ubat,mainan,susu dan makanan dan banyak lagi.
Mungkin ramai yang berhasrat untuk berkahwin muda, namun ia terhalang oleh batasan adat. Kita memerlukan kos yang tinggi untuk melangsungkan perkahwinan yang disempurnakan dengan adat-adat Melayu.
Wang hantaran, hadiah hantaran, cenderamata untuk tetamu dan belanja kenduri memerlukan perbelanjaan yang bukan sedikit.
kahwin masa belajar

Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya,jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya.” – (H.R. Tirmidzi)

Entry ini di buat adalah untuk mendapatkan pandangan, nasihat ataupun cadangan anda mengenai Berkahwin Semasa Belajar Pada Usia Muda. 
Love Diary by Unknown at 23:39 0 comments

Sunday, 5 May 2013

Kasihan Ayah.. :(

Ni pic ayah tyka time dy kt tmpt keje.. huhu.. tyka syg sgt2 dgn ayh tyka ni.. :) :* tyka syg ayh dunia dn akhrt.. 
Ayah. 
Tegasnya dia seperti singa kadang kala. 
Melambangkan kasih dan cintanya untuk hidup si anak merasa bahagia.
Garangnya dia serupa naga ada waktunya ketikanya.
Manggambarkan dia benar-benar memastikan si anak cukup dijaga.

Ayah.
Aku anak kamu. Kita keluarga.
Satu darah. Mengalir sama di tubuh kita.
Serupa. 

Tapi ayah. Sifatnya aku tak seperti kamu.
Mengapa? Bukan salah didikmu ayahku.
Tapi kerana aku. 
Aku tutupkan pintu hatiku. Pekakkan telingaku.
Dari mendengar semua nasihatmu yang hanya cuma satu. 
Iaitu ingin melihat aku maju.
Menuju redha yang SATU.

Ayah.
Pengorbanan mu ada ketika tak nampak di mata.
Walaupun sebenarnya ku tahu. Ia ada. 
Dan hakikatnya ia terlalu bersar hingga tak terjangka.
Tapi disebabkan aku ini anak. Ya anak yang penuh dosa.
Sering lupa. Alpa! Leka!

Ayah.
Semakin lama semakin dimamah usia.
Kudrat makin layu makin tiada.
Tangan menggigil sentiasa suara pulak dah nak tiada.
Tapi Anak? Sibuk kejar dunia hingga abai ayah yang tua.

Ayah.
Ampunkan aku yang selalu melukanmu.
Meskipun kau tak pernah jemu.
Memeluk ku.
Mencium ku.
Mengasihi ku.
Menyayangi ku.

Ayah.
Ampunkan dosa anakmu ini.
Aku harap kasihmu abadi.
Hingga aku mati.
Daun layu sepi.
Dan bumi tiada lagi.

by,
Nur Atiqah Nor Aman

***

Salam people!
Hai semua. Cuba kowg byangkan lw ayh yg kowg syg dah xda 1 ari nty mcm ne? :( Alhmduliah tyka brsyukr sbb mmpunyai sowg ayh yg baik hati,dan mndidik tyka ngn baik.. Nurkilan khas dari saya untuk semua manusia, hamba Allah yang rasa sesuai untuknya. Sekarang ramai anak-anak, remaja, gadis, yang sering berkata,
"Lepas kahwin aku pakai lah tudung, taknak suami aku dapat dosa. Sekarang takpe aku tak kahwin lagi."

"Weh pakai ah tudung sian laki kau, dapat dosa. Kau kan dah kawin?"

"Weh cantik tak aku pakai tudung? Boyfriend aku suruh lah. Demi dia ni. Sweet kan aku?"

Wahai adik-adik, kakak-kakak sekalian.
Ingatlah tuntutan memakai tudung adalah WAJIB.
Bukan kerana pokwe, ataupun lakimu.
Tetapi kerana LILLAHI TAALA.

Apa kaitan nurkilan saya dengan ayat tudung2 ni? Apa kaitan dengan ayah?

Ya dengar sini shbt2 ku sekalian. Sedar tak kita bahawa sebelum kita berkahwin dan mempunyai suami, segala dosa kita adalah ditanggung sepenuhnya oleh Sang Ayah? Allahu Robbi. Tak kesian ke kat ayah? Ayah solat siang malam. Mengaji pagi petang. Terbongkok-bongkok termengah-mengah nak kumpul pahala Allah kita senang-senang nak bagi dia dosa? Astaghfirullah hal azim. 

Ingatlah sahabat2ku sekalian, ayah kita tu dah banyak berkorban untuk kita. Masa tenaga kudrat wang segalanya! Hargai lah mereka. Sayangi mereka. Bukan hanya dengan memandikan mereka dengan wang ringgit. Tidak! Bukan itu yang mereka perlukan sebenarnya, tetapi kasih sayang! Turut perintah Allah, dengar kata mereka, bantu mereka untuk kutip pahala. Kasihanilah mereka wahai sahabat2ku sekalian. Ingat ya, rambut yang kita tak tutup itu, akan menarik ayah kita ke Neraka Jahannam. Allahu Robbi.

Harap perkongsian ini ada manfaat dan ada baiknya. Yang mana elok ambil. Yang mana tersalah, adalah atas kekurangan saya. Andai ada khilaf yang mahu ditegur, persilakan. Saya tak makan orang. :)

Jazakumullah khairan kathira!
Jaga aurat! 
Jaga iman! 

Love Diary by Unknown at 18:08 0 comments

Thursday, 2 May 2013

30 Perkara Perempuan Tak Sempat Bagitau Lelaki.

Dahsyat sungguh pompuan ni...banyak perkara yang mana perempuan lebih suka difahami secara tersirat. ye ke tak sempat bagitau?silakan baca.  

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. 

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. 

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan). 

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain. 

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!! 

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian. 

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja. 

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan. 

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. 

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna. 

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita. 

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut. 

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan. 

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam. 

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. 

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya. 

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!! 

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.  

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta. 

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri. 

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!! 

 22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya. 

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui. 

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik. 

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. 

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.. 

 27. Senjata wanita adalah airmata!! 

 28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya  (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu. 

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah... 

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. 

Note: tidak semestinya 30 perkara diatas semuanya wujud dalam diri setiap wanita..tapi zaman sekarang ni lelaki pun ramai yang 'apply' perkara-perkara diatas tu .  :-) 

Love Diary by Unknown at 18:22 0 comments

Doaku


My Mood


The Owner

Nur Atiqah Nor Aman
5 Oktober 95
Love him

Pageviews!

Followers

Hi All !

Thanks to them :
  • Template by Kemetot Chomel
  • Cute icon by Wana Kim
  • SHOUT HERE

    Kenangan Lalu

    • ▼  2013 (39)
      • ►  February (13)
      • ►  March (5)
      • ►  April (2)
      • ▼  May (3)
        • 30 Perkara Perempuan Tak Sempat Bagitau Lelaki.
        • Kasihan Ayah.. :(
        • Berkahwin diusia muda..
      • ►  July (2)
      • ►  August (1)
      • ►  October (6)
      • ►  November (7)
    • ►  2014 (2)
      • ►  January (1)
      • ►  May (1)
  • Tidak dinamakan cinta apabila melemparkan pasangan mereka ke neraka. Tidak dinamakan cinta kalau buat diri & pasangan gagal ujian dunia. Tidak dinamakan cinta kalau buat pasangan & diri sendiri lupa serta jauh dari Allah. THANKS FOR READING MY BLOG.
  • " Ya Allah, izinkan kami membina mahligai yang akn membawa kami ke syurga-Mu dkn 1 ikatan yg sah iaitu suami dan isteri... benarkanlah kami menggapai kebahagiaan... semoga jodoh itu milik kami... insya ALLAH.. aamiin... "





















    Home

    Eyka

    facebook

    TWITTER

     

    More Glitter Text & Graphics at NewGraphicMyspace.Com